Bahasa Melayu   |   English
LAMAN UTAMA TENTANG KAMI PRODUK PROMOSI/BERITA HUBUNGI KAMI
 

Sdn Bhd ditubuhkan pada November 2002. Ia merupakan salah sebuah pusat perkahwinan, kraftangan & bunga yang terkenal di Nilai-3 dan terletak di No. 102-109, Jalan Nilai 3/3, Nilai 3, 78100 Nilai, Negeri Sembilan. Kraftangan mempunyai 2 cawangan di Nilai-3 iaitu Wedding House terletak di No.75, Jalan Nilai 3/3, Nilai 3, 78100 Nilai Negeri Sembilan dan Wholesale terletak di No.795-796, Jalan Nilai 3/4, Nilai 3, 78100 Nilai Negeri Sembilan. turut menyediakan perkhidmatan jualan secara borong. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada semua peniaga kecil, para mak andam, pihak-pihak hotel, serta syarikat-syarikat yang memerlukan khidmat dekorasi atau yang ingin menempah cenderahati atau gubahan-gubahan untuk majilis tertentu.
 

Harga yang ditawarkan amatlah berpatutan dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat disamping memperkenalkan pelbagai bentuk dan rekaan terbaru serta warna terkini. Pelanggan pasti selesa mengunjungi Kraftangan memandangkan lokasinya yang strategik serta keluasan kawasan yang merangkumi 9,000 kaki persegi. Dengan pekerja yang mencukupi, terlatih serta berpengalaman, kami memberi keutammaan dalam memenuhi kepuasan hati pelanggan. Matlamat kami sebenarnya ingin menjadikan Kraftangan sebagai sebuah "Pusat Sehentian" perkahwinan, kraf tangan & bunga.

Contoh Produk Kami:-
• Gubahan hantaran • Bunga • Pasu/tembikar • Baju pengantin
• Cenderahati • Hiasan dalaman speperti air terjun dan lain-lain

 


Pekan Borong Nilai 3 mudah dikunjungi kerana ia terletak berhampiran dengan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuh Raya Elite yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Putrajaya serta Cyberjaya. Para pengunjung dapat singgah di Pekan Borong Nilai 3 melalui Exit 215 Plaza Tol Nilai. Pekan Borong Nilai 3 mendapat gelaran sebagai "One Stop Shopping & Tourist Paradise" kerana ia berjaya menawarkan pelbagai jenis barangan seperti tekstil, pakaian, alat perhiasan rumah, kraftangan, barangan lukisan dan kesenian, makanan dan lain-lain dengan harga berpatutan yang berdasarkan konsep "jualan runcit denga harga borong".